Berita
Belanjawan Negeri Sembilan menunjukkan hasil
Pada 27 November 2020 yang lalu Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM13.1 juta bagi kerja-kerja naik taraf Sekolah Sijil Tinggi Agama Islam Malaysia (STAM) iaitu Maahad Ahmadi, Gemencheh.
Pada hari ini, kerja-kerja naik taraf berada dalam keadaan hampir siap sepenuhnya.
Bangunan yang dinaik taraf ini adalah bagi menggantikan bangunan lama yang telah usang dimakan masa.
Seramai 400 orang pelajar mampu dimuatkan dalam satu-satu masa di bangunan ini.
Bangunan ini juga dilengkapi bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, dewan serbaguna, surau, dewan makan, asrama lelaki dan perempuan serta pejabat pentadbiran.
Projek ini disasarkan akan siap sepenuhnya pada Julai ini.