Berita

British Airways beroperasi semula di KLIA

SEPANG: British Airways telah beroperasi semula di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejak 2 April 2025, dengan penerbangan harian menggunakan pesawat Boeing 787-9 dari London Heathrow.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, syarikat penerbangan utama United Kingdom itu optimis terhadap pasaran Malaysia, didorong oleh faktor jualan yang kukuh dan kadar muatan tinggi menjelang pelancaran semula laluan berkenaan.

“Satu lembaran baharu dengan British Airways kembali ke KLIA selepas lima tahun.

“Hubungan semula ini bukan sahaja memperkukuh sektor pelancongan dan perdagangan antara Malaysia dan UK, tetapi juga mengukuhkan kedudukan KLIA sebagai hab penerbangan utama di rantau ini.

“Kami alu-alukan kerjasama ini, terutamanya kerajaan dalam kesediaan untuk Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Semoga terus maju bersama ke arah pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran bersama,” kata Loke.

Kali terakhir British Airways beroperasi di KLIA adalah pada 2020.

Kredit Foto: Facebook British Airways 

Show More

Related Articles

Back to top button