Berita

Bujang Senang dan Wildcats HC juara Kejohanan Bola Baling Mini Terbuka YPNS 2024

AMPANGAN: Pasukan Bujang Senang dan Wildcats HC muncul juara Kejohanan Bola Baling Mini Terbuka YPNS 2024.

Bagi kategori lelaki, pasukan Bujang Senang dari Selangor membawa pulang hadiah wang tunai RM800, piala dan pingat.

Manakala bagi kategori wanita, Wildcats HC yang juga dari Selangor menerima hadiah wang tunai RM700, piala dan pingat.

Naib juara kejohanan ini ialah pasukan Warisan (lelaki) dan YPNS Girls (Wanita) dan kedua-dua pasukan dari Negeri Sembilan.

Pasukan Warisan membawa pulang hadiah wang tunai RM600 dan pingat, sementara pasukan YPNS Girls memenangi hadiah wang tunai RM500 dan pingat.

Hadiah para pemenang disampaikan oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar Negeri Sembilan, Ustaz Ahmad Shahir Mohd Shah.

Kejohanan ini disertai oleh pasukan dari Terengganu, Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan.

Turut menyertai kejohanan ini yang diadakan di Center Court Paroi adalah pasukan dari UiTM Seremban 3, UiTM Puncak Alam, Shah Alam dan UiTM Lendu, Melaka.

Show More

Related Articles

Back to top button