Berita

Cabaran KITARecycle 2026 dilancar, sasar 300 tan barangan kitar semula di Negeri Sembilan

SEREMBAN: SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) terus memperkukuhkan agenda ekonomi kitaran bersama komuniti menerusi pelancaran Cabaran Kutipan Kitar Semula KITARecycle 2026 sempena sambutan Hari Kelestarian Alam Sekitar Negeri Sembilan 2026 dengan sasaran mengumpulkan sekurang kurangnya 300 tan barangan kitar semula sepanjang tempoh pertandingan dari 1 Jun hingga 30 September 2026.

Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, inisiatif tersebut merupakan antara usaha berterusan syarikat dalam memperkasakan amalan pengasingan sisa di punca dan membudayakan aktiviti kitar semula di kalangan masyarakat.

“Dunia hari ini berhadapan dengan cabaran peningkatan janaan sisa yang semakin kompleks.

“Justeru, pendekatan ekonomi kitaran bukan lagi satu pilihan, tetapi satu keperluan bagi memastikan sumber yang masih bernilai dapat di manfaatkan semula secara optimum.

“KITARecycle merupakan satu platform digital yang disediakan oleh SWM Environment bagi membolehkan masyarakat memainkan peranan secara langsung dalam usaha melindungi alam sekitar melalui kitar semula.

“Program ini bukan sahaja memberi mata ganjaran yang boleh ditebus kepada tunai, malah berupaya membentuk kesedaran, mengubah tingkah laku dan memperkukuhkan budaya kelestarian di dalam komuniti,” katanya.

Norlisam berkata demikian di Majlis Pelancaran Cabaran Kutipan Kitar Semula Program KITARecycle sempena Hari Kelestarian Alam Sekitar Negeri Sembilan 2026 di Kolej Tingkatan 6 Tuanku Muhriz, Seremban.

Menurut beliau, sejak diperkenalkan pada tahun 2018, program KITARecycle telah berkembang menjadi antara program kitar semula berasaskan ganjaran yang paling berjaya dengan merekodkan lebih 46, 000 ahli berdaftar di Negeri Sembilan sehingga Mei 2026.

Dalam tempoh lapan tahun pelaksanaannya, sebanyak 2.6 juta kilogram barangan kitar semula telah berjaya dikumpulkan melibatkan pelbagai kategori seperti kertas, plastik, logam dan sisa elektrik serta elektronik (e waste).

“Lebih membanggakan, jumlah kutipan tersebut telah menyumbang kepada pengurangan pelepasan karbon sebanyak 60, 287 tan karbon dioksida (tCO tCO₂e) sekali gus menyokong aspirasi negara dalam menangani perubahan iklim dan mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG),” tambah beliau.

Cabaran Kutipan Kitar Semula KITARecycle 2026 menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM9, 000 dan terbuka kepada tiga kategori utama, iaitu individu, sekolah dan organisasi.

Bagi kategori individu, peserta perlu mengumpulkan sekurang-kurangnya 250 kilogram barangan kitar semula untuk melayakkan diri menyertai pertandingan ini.

Kategori sekolah dan organisasi pula menetapkan syarat minimum sebanyak 1,000 kilogram barangan kitar semula.

Mohd Norlisam berkata, SWM Environment optimis sasaran 300 tan kutipan mampu dicapai berdasarkan peningkatan kesedaran masyarakat serta sokongan pelbagai pihak termasuk berdasarkan peningkatan kesedaran masyarakat serta sokongan pelbagai pihak termasuk sekolah, institusi pengajian tinggi, agensi kerajaan, sektor swasta dan komuniti setempat.

Setiap kilogram barangan kitar semula yang berjaya dikumpulkan bukan sekadar mengurangkan jumlah sisa yang dihantar ke tapak pelupusan serta mengurangkan kos perbelanjaan Kerajaan, malah membantu menjimatkan penggunaan sumber asli, mengurangkan pelepasan karbon dan menyokong pembangunan ekonomi kitaran yang lebih mampan.

“SWM Environment percaya bahawa kejayaan agenda kelestarian memerlukan penglibatan semua pihak.

Justeru, kami menyeru kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan untuk bersama-sama menyahut cabaran ini dan menjadikan pengasingan sisa di punca dan kitar semula sebagai amalan harian demi masa depan yang lebih hijau, bersih dan lestari untuk generasi akan datang,” katanya.

SWM Environment akan terus memperkukuhkan kerjasama strategik bersama pihak kerajaan, pihak berkuasa tempatan, institusi pendidikan, sektor swasta dan komuniti setempat dalam usaha memperluaskan jaringan kemudahan dan fasiliti kitar semula di seluruh kawasan perkhidmatannya bagi memastikan agenda ekonomi kitaran dapat diperkasakan secara menyeluruh.

Untuk maklumat lanjut berkenaan KITARecycle, Recycle, orang ramai boleh menghubungi talian orang ramai boleh menghubungi talian Indahkan Malaysia di 1-800-88–7472, menghantar mesej melalui WhatsApp di 012-618 0082 atau melayari laman web rasmi https://swm-environment.com.

Show More

Related Articles

Back to top button