Cha dan Gunasekaren agih 250 kotak makanan sempena Tahun Baru Cina
SEREMBAN JAYA: Sempena sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi, Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P.Gunasekaren telah mengagihkan kotak makanan kepada 250 keluarga Tionghua yang menyambut Tahun Baru Cina.
“Saya bersama YB Cha telah mengagihkan 250 kotak makanan yang mengandungi kuih dan biskut tradisional Tahun Baru Cina kepada 250 keluarga Tionghua di sekitar DUN Seremban Jaya.
“Adalah harapan kami sumbangan ini memberi keceriaan kepada penerima sempena sambutan Gong Xi Fa Chai pada tahun ini.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Cha di atas keprihatian beliau dalam memberi sumbangan kotak makanan kepada masyarakat Cina di DUN Seremban Jaya.
“Adalah menjadi kelaziman kepada beliau menyumbang kotak makanan kepada masyarakat DUN Seremban Jaya semasa setiap perayaan mengikut agama masing-masing,” jelas Gunasekaren.
Turut hadir, Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Jamilah Said Ali; Ahli Majlis Daerah Rembau, Mohan dan Pembantu Ahli Majlis Bandaraya Seremban, P.Minnal.