
Ayuh sama-sama memeriahkan Colours of Negeri Sembilan 2026, anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Sembilan bersama Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan Visit Negeri Sembilan, sebuah program yang menampilkan keunikan seni, budaya dan warisan Negeri Sembilan.
Saksikan pelbagai persembahan kesenian yang penuh warna-warni, mengangkat keindahan budaya tempatan serta hiburan yang sesuai untuk seisi keluarga.
Siri 1
8 Ogos 2026 (Sabtu)
8.00 pagi – Bengkel Asas Randai Nismilan
8.30 malam – Persembahan Kesenian dan Randai Koba Den Lopeh
Siri 2
15 Ogos 2026 (Sabtu)
12.00 tengah hari – Persembahan Kesenian
TEMPAT: Auditorium Utama, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Sembilan
Program ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri sempena Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026, yang bertujuan mempromosikan kekayaan seni, budaya dan warisan negeri kepada masyarakat serta para pelancong.
Masuk adalah PERCUMA.
Jangan lepaskan peluang untuk membawa keluarga dan rakan-rakan menikmati pengalaman budaya yang penuh warna dan menghiburkan.
Jumpa anda di Colours of Negeri Sembilan 2026.



