Berita

Penganjuran Formula 1 mampu bawa limpahan ekonomi

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan Pengarah Eksekutif Grand Prix Singapura, Michael Roche, bagi meneliti pengalaman dan amalan terbaik Singapura dalam memastikan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Litar Antarabangsa Sepang dianjurkan dengan cemerlang Oktober depan.

“Penganjuran bertaraf dunia ini diyakini mampu membawa limpahan ekonomi yang besar menerusi peningkatan pelancongan, peluang pekerjaan, aktiviti perniagaan serta mengukuhkan keyakinan pelabur, sekali gus menyemarakkan Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Insya Allah, kita komited memastikan penganjuran ini bukan sahaja memenuhi piawaian antarabangsa, malah mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab sukan permotoran serantau serta membawa manfaat yang meluas kepada rakyat dan ekonomi negara,” kata Anwar.

Show More

Related Articles

Back to top button