Berita

Ditahan kerana cubaan menghidupkan ajaran Aurad Muhammadiyah

KUALA PILAH: Dua lelaki ditahan ketika disyaki cuba menghidupkan kembali ajaran sesat Aurad Muhammadiyah di Negeri Sembilan.

Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah berkata, kedua-dua lelaki tersebut berusia 58 dan 51 tahun telah ditahan di sebuah madrasah yang mempunyai kaitan dengan syarikat Global Ikhwan Services and Business (GISBH) pada Sabtu.

“Kami pada mulanya menyiasat mereka kerana menguruskan madrsah tersebut tidak berdaftar tetapi kemudian didapati mereka juga cuba menghidupkan kembali ajaran Aurad Muhammadiyah yang telah diisytiharkan haram oleh Jabatan Mufti Negeri pada 2016.

“Mahkamah membenarkan kedua-dua mereka dilepaskan dengan bon jaminan dan diperintahkan membayar wang jaminan RM2,000 setiap seorang dengan dua penjamin warganegara dan yang bermastautin di Negeri Sembilan.

“Sebutan semula bagi pertuduhan adalah pada 12 November depan,” kata Ahmad Zaki.

Show More

Related Articles

Back to top button