Berita

Dua pelajar Malaysia menang ‘Queen’s Commonwealth Essay Competition 2024’

PUTRAJAYA: Dua pelajar sekolah dari Malaysia berjaya memenangi ‘Queen’s Commonwealth Essay Competition 2024’.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam hantaran Facebook beliau mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pelajar tersebut.

“Tahniah atas kejayaan adik Evangeline Khoo Ke Ying dari Sekolah Menengah Kebangsaan Manjalara, Kuala Lumpur dan adik Erynn Liew dari Puchong, Selangor kerana telah mengharumkan nama negara dengan masing-masing memenangi Anugerah kategori ‘Senior Winner’ dan ‘Junior Winner’ bagi Queen’s Commonwealth Essay Competition 2024,” kata beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button