BeritaMenarik

DUN NILAI: Enam projek kecil dilaksana dengan peruntukan RM150,000

NILAI: Sebanyak enam projek kecil telah telah dilaksanakan di DUN Nilai pada tahun 2024.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Nilai, J.Arul Kumar berkata, enam projek kecil tersebut dilaksanakan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM150,000 demi kemudahan dan keselesaan masyarakat setempat.

“Projek ini melibatkan memasang pagar keliling Padang Futsal Taman Bunga Raya Mantin dan memasang pagar keliling Padang Futsal Desa Jasmin, Nilai.

“Turut dibina tembok penahan banjir di Kampung Sungai Mahang dan menurap kawasan lapang di hadapan Pusat Operasi Ambulance St.John, Kampung Baru Nilai.

“Dua lagi projek ialah menurap jalan ke Tapak Perkuburan, Pekan Mantin serta menukar bumbung baharu di Dewan Terbuka Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK), Nilai,” jelas Arul Kumar.

Show More

Related Articles

Back to top button