Menarik

Takumi kekal bersama skuad Jang musim depan

SEREMBAN: Pemain import Negeri Sembilan Football Club (NSFC), Takumi Sasaki mengumumkan bahawa beliau akan kekal beraksi bersama skuad tersebut bagi satu musim lagi.

Pemain import yang juga ayam tambatan skuad Jang, menunjukkan corak permainan yang sangat bagus dan rajin meskipun prestasi pasukan tersebut hanya berada di tangga tercorot liga.

Beberapa khabar angin juga bertiup sebelum ini yang mengaitkan perpindahan beliau ke pasukan Liga Super yang lain.

Walau bagaimanapun, pengurusan NSFC telah menawarkan kontrak lanjutan kepada beliau untuk kekal di Paroi sekurang-kurangnya satu musim lagi.

Dalam pada itu, terdapat beberapa lagi khabar angin mengatakan bahawa terdapat beberapa pemain import baru kini berada di dalam radar NSFC.

Ini bagi memantapkan semula skuad Rusa untuk menghadapi saingan Liga Super musim hadapan.

Show More

Related Articles

Back to top button