PUTRAJAYA: Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek berkata, kementeriannya komited tangani isu sekolh padat di seluruh negara.
“Pelbagai inisiatif dilaksanakan Kementerian Pendidikan bagi menangani isu sekolah padat di seluruh negara.
“Ini termasuk dengan mewujudkan kelas terapung, pembinaan bangunan dan bilik darjah tambahan serta sekolah baharu.
“Menerusi Belanjawan 2024, kerajaan meluluskan pembinaan 26 buah sekolah baharu di seluruh negara.
“Ia dapat mengatasi isu sekolah padat dan pada masa sama meningkatkan lagi akses pendidikan,” ujar Fadhlina.