Berita
Faez ziarah penduduk kurang kemampuan DUN Labu

LABU: Penyelaras DUN Labu, Dato’ Ahmad Faez Abdul Razak telah turun padang untuk menziarahi beberapa individu kurang berkemampuan di kawasan sekitar.
Faez berkata, lawatan pertama diadakan di Kampung Gadong SC untuk menziarahi Puan Hasnah Mansur dan Puan Maimunah Udin.
“Aktiviti ini dilakukan sebagai usaha berterusan untuk mendekati masyarakat selain memahami keadaan dan keperluan penduduk setempat.
“Dalam pada itu, saya turut menziarahi beberapa lagi individu di Taman Gadong dan Taman Gadong Indah.
“Semoga hubungan silaturahim yang terjalin ini dapat terus diperkukuhkan.
“Selain itu, saya turut mendoakan kesejahteraan dan kesihatan kepada mereka semua,” kata Faez.



