Berita

Penipuan dalam talian kini berskala besar: KDN

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyatakan bahawa penipuan dalam talian kini bukan sahaja sekadar panggilan telefon, mesej atau pautan palsu yang diterima setiap hari.

Malahan ia melibatkan rangkaian jenayah yang menjalankan penggubahan wang haram, eksploitasi data peribadi dan penipuan berskala besar yang mampu memberi kesan kepada keselamatan serta kesejahteraan masyarakat.

Hal ini kerana terdapat sindiket jenayah terancang yang beroperasi secara sistematik, merentasi sempadan dan menggunakan teknologi canggih untuk memperdaya mangsa.

Setiap klik, ‘One Time Passcode’ (OTP) dan setiap transaksi yang dikongsi tanpa semakan boleh membuka ruang kepada sindiket untuk mengambil kesempatan.

Oleh itu, ramai dinasihatkan untuk menyekat diri daripada berkongsi maklumat peribadi, kata laluan dan butiran perbankan.

Sekiranya anda menjadi mangsa penipuan dalam talian, anda diminta untuk menghubungi pihak bank bagi menghentikan transaksi dan seterusnya membuat laporan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.

Show More

Related Articles

Back to top button