Berita

FAM tamatkan kontrak Rob Friend, Peter Cklamovski dan Nafuzi Zain

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan bahawa kontrak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pasukan Kebangsaan, Robert Douglas Friend atau lebih dikenali sebagai Rob Friend, telah ditamatkan melalui persetujuan bersama antara beliau dan FAM, berkuat kuasa pada 1 Jun 2026.

Kontrak Ketua Jurulatih Pasukan Kebangsaan, Peter Cklamovski dan dua staf teknikal skuad senior, Matthew Smith serta Seiya Imazaki juga ditamatkan atas persetujuan bersama, berkuat kuasa pada 16 Jun 2026.

FAM juga ingin memaklumkan bahawa kontrak Ketua Jurulatih Pasukan B-23 Kebangsaan, Nafuzi Zain dan jurulatih penjaga gol, Mohd Yazid Mohd Yassin turut ditamatkan atas persetujuan bersama, berkuat kuasa pada 15 Jun 2026.

FAM menghormati keputusan yang dibuat dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, komitmen serta sumbangan yang telah dicurahkan mereka sepanjang tempoh perkhidmatan bersama pasukan kebangsaan.

Bagi memastikan kelancaran hala tuju dan kesinambungan program pasukan kebangsaan, FAM sedang mengambil langkah-langkah yang sewajarnya berhubung pengisian jawatan-jawatan berkenaan.

Sebarang perkembangan lanjut mengenai pasukan kebangsaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Show More

Related Articles

Back to top button