
SEREMBAN: Orang ramai dijemput menyertai Festival Rentak Negeri 2026 Fun Walk yang akan berlangsung di Pantai Batu 1, Port Dickson pada 28 Jun 2026 dalam suasana santai sambil menghayati keunikan budaya Negeri Sembilan.
Program berjalan santai sejauh 5 kilometer itu dijadualkan bermula jam 8.00 pagi.
Lokasi larian kali ini menawarkan kelainan apabila peserta berpeluang menikmati laluan di persisiran pantai yang memberikan pengalaman rekreasi berunsurkan gaya hidup sihat serta suasana kekeluargaan.
Penganjuran acara ini bertujuan menggalakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti kecergasan di samping mempromosikan budaya tempatan dalam suasana yang lebih meriah dan berwarna-warni.
Dalam pada itu, yuran penyertaan ditetapkan sebanyak RM39 dan setiap peserta akan menerima set baju rasmi acara, medal finisher eksklusif, nombor bib peserta, e-sijil penyertaan serta peluang cabutan bertuah.
Festival ini dijangka menjadi antara tarikan utama komuniti setempat dalam menggalakkan gaya hidup sihat serta memeriahkan aktiviti pelancongan di Port Dickson.



