Berita

Gelanggang Futsal Taman Bukit Sri Senawang telah dibuka

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P.Gunasekaren telah merasmikan Gelanggang Futsal Taman Bukit Sri Senawang.

“Gelanggang ini telah berjaya dibina seperti mana saya janjikan sebelum ini.

“Pada tahun 2008, Pengerusi DAP Cawangan Taman Tuanku Jaafar, Saudara Suriya telah mencadangkan untuk membina gelanggang futsal.

“Tahun 2013, saya telah membawa cadangan ini ke Persidangan Dewan Undangan Negeri demi kebaikan pemuda-pemuda Taman Tuanku Ampuan Najihah dan Taman Bukit Sri Senawang.

“Akhirnya, kerja-kerja pembinaan gelanggang ini telah bermula pada tahun lepas dan berjaya disiapkan pada tahun ini dengan kerjasama Majlis Bandaraya Seremban (MBS),” jelas Gunasekaren.

Gunasekaren berkata, kejohanan dan pertandingan persahabatan akan diadakan setiap enam bulan sekali di gelanggang ini bagi tujuan mengeratkan hubungan antara pemuda-pemuda Taman Tuanku Ampuan Najihah dan Taman Bukit Sri Senawang walaupun mempunyai KRT yang berlainan.

“Saya meminta semua penduduk di Taman Tuanku Ampuan Najihah dan Taman Bukit Sri Senawang untuk menjaga kebersihan gelanggang ini.

“Terima kasih kepada Dato’ Bandar MBS, Dato’ Masri Razali; Setiausaha MBS, Mas Midyawan Yahya; Ahli MBS, Jamilah Said Ali dan Pembantu Ahli Majlis MBS, Minnal di atas kerjasama bagi menjayakan pembinaan gelanggang futsal ini,” ujar Gunasekaren.

Sementara itu, pertandingan persahabatan bola sepak antara pemuda-pemuda Taman Tuanku Ampuan Najihah dan Taman Bukit Sri Senawang juga telah diadakan sempena majlis perasmian ini.

 

 

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button