Berita
Gergasi Merah menjadi kerdil di Paroi

SEREMBAN: Skuad Gergasi Merah Selangor FC Berjaya dijinakkan oleh Skuad Rusa di Paroi apabila tewas 1-2.
Selangor bermula dengan baik apabila Berjaya mendahului seawal minit ke-13 permainan melalui Richmond.
Atas usaha yang ditunjukkan oleh NSFC, mereka Berjaya memperoleh jaringan penyamaan pada minit ke-3 melalui pemain gentian Mio Tsuneyasu.
Mio sekali lagi Berjaya membolosi gawang Selangor pada minit ke-90 sekaligus meranapkan impian Selangor untuk memperoleh kemenangan di Paroi.
Jaringan kemenangan itu berjaya menggegarkan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi yang sekian lama menyepi.
Ini membuktikan bahawa Negeri Sembilan mampu menjadi pesaing terbaru dalam Liga Super Malaysia musim ini.