YB Kita
Gotong royong cermin kerjasama dan perpaduan komuniti setempat

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P.Gunasekaren bersama kakitangan Pusat Khidmat Rakyat DUN Seremban Jaya telah menghadiri program gotong-royong yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Baru Rahang, di balai raya kampung tersebut.
“Program ini mencerminkan semangat kerjasama dan perpaduan komuniti setempat dalam menjaga kebersihan serta memperindah kawasan balai raya demi keselesaan semua.
“Tahniah dan syabas kepada JPKK serta penduduk yang terlibat
“Program sebegini amat baik dan harus diteruskan.
“Saya memberi jaminan akan terus menyokong inisiatif masyarakat yang mendorong kebersamaan dan kesejahteraan rakyat di peringkat akar umbi,” kata Gunasekaren.