BeritaMenarik

Gunasekaren Bapa Angkat Taekwondo Kontingen SUKMA Negeri Sembilan

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P.Gunasekaren telah dilantik sebagai Bapa Angkat Sukan Taekwondo Kontingen Sukan Malaysia (SUKMA) Negeri Sembilan

“Sudah tentu sasaran kita pada temasya kali ini adalah mempamerkan prestasi yang lebih baik berbanding pada kejohanan SUKMA sebelum ini.

“Saya juga ingin memberi penghargaan kepada Exco Belia dan Sukan Negeri Sembilan, YB Mustapha Nagoor di atas idea melantik semua ADUN Kerajaan menjadi Bapa Angkat untuk setiap acara sukan yang dipertandingkan di SUKMA Sarawak nanti.

“Ini satu pendekatan baharu yang sangat baik dan harus diberi pujian,” kata Gunasekaren kepada Negeri Kita.

Terlebih dahulu, Mustapha telah menyampaikan Watikah Pelantikan Bapa Angkat Sukan Negeri Sembilan bagi SUKMA Sarawak yang bakal diadakan bermula 17 Ogos hingga 24 Ogos 2024.

Majlis Pelantikan Bapa Angkat Kontinjen Negeri Sembilan Temasya Sukan Malaysia Ke-21 dan Majlis Penyampaian Dana Bantuan Pentadbiran kepada Persatuan Sukan Negeri Sembilan diadakan di Kompleks Belia Dan Sukan (KOMBES), Paroi.

Penganjuran SUKMA Sarawak 2024 pada Ogos ini menawarkan 488 acara daripada 37 jenis sukan yang dipertandingkan.

Show More

Related Articles

Back to top button