Berita

Gunasekaren cadang naik taraf tarikan pelancongan di Rembau

SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P. Gunasekaren mencadangkan agar menaik taraf jalan ke Kampung Batu 10 Air Terjun bagi menarik lebih ramai pelancong ke kawasan tersebut.

Gunasekaren berkata, ini kerana pada tahun hadapan merupakan Tahun Melawat Negeri Sembilan.

“Oleh itu, naik taraf ini adalah bagi meningkatkan lagi tarikan pelancong ke negeri ini.

“Selain itu, kerja-kerja pengubahsuaian yang berjalan di Muzium Seri Menanti juga disiapkan segera sebelum Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia, Yang DI Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

“Pencahayaan di pintu gerbang juga perlu dinaik taraf supaya lebih terang.

“Ini adalah kerana ia merupakan simbol mesra kepada pelancong yang memasuki Negeri Sembilan,” kata Gunasekaren.

Cadangan tersebut dilakukan di Mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, KEsenian dan Kebudayaan Negeri Sembilan semalam.

Show More

Related Articles

Back to top button