Berita

Gunasekaren sumbang RM3,000 kepada SJKC Salak Tinggi

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P. Gunasekaren telah memberikan sumbangan kewangan sebanyak RM3,000 kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Salak Tinggi.

Gunasekaren berkata, sumbangan tersebut adalah bertujuan untuk menyokong keperluan pendidikan dan pembangunan sekolah.

“Dalam pada itu, beberapa persatuan dan individu turut menerima sumbangan berjumlah RM6,300.

“Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat memberi manfaat kepada penerima dan terus mengukuhkan semangat kebersamaan dalam komuniti Seremban Jaya,” kata Gunasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button