Berita

Hari Terbuka Pusat Khidmat DUN Pilah

PILAH: Pada 24 Ogos ini bersamaan hari Sabtu, Pusat Khidmat DUN Pilah akan mengadakan Hari Terbuka Pusat Khidmat DUN Pilah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pilah, Noorzunita Begum Mohd Ibrahim berkata, dalam masa sama, mereka juga akan mengadakan Sambutan Bulan Kemerdekaan.

“Pelbagai acara menarik diadakan seperti mewarna, senamrobik, karaoke lagu patriotik, sajak, dekorasi kek dan pelbagai lagi.

“Program akan bermula pada jam 7:30 pagi hingga jam 3:00 petang.

“Semua warga Pilah dijemput hadir bagi memeriahkan acara ini,” kata Noorzunita.

Show More

Related Articles

Back to top button