Berita

Hasnor turun padang tinjau isu kesesakan lalu lintas

PORT DICKSON: Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) Tuan Hasnor Abd Hamid telah turun padang bagi meninjau isu kesesakan lalu lintas yang sering berlaku di Jalan Persekutuan FT005, Lukut laluan utama menuju ke Port Dickson.

Hamid berkata, lawatan tersebut turut disertai wakil Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Port Dickson, Puan Siti Nurlydea Mohd Mazlan.

“Ia bagi membincangkan penambahbaikan yang boleh dilakukan seperti meningkatkan kapasiti jalan dengan melebarkan jalan.

“Hal ini kerana jalan sedia ada sangat sempit.

“Lawatan turun padang ini bertujuan menilai keadaan sebenar di lokasi, mengenal pasti punca permasalahan serta membincangkan penyelesaian yang praktikal dan berkesan,” kata Hasnor.

Dalam perbincangan tersebut juga turut memberi fokus kepada kesesakan yang sering terjadi pada hujung minggu, cuti umum dan musim perayaan.

Oleh itu, Hasnor berharap agar kerjasama strategik antara semua agensi yang terlibat diharap dapat mempercepat pelaksanaan inisiatif penambahbaikan demi memastikan aliran trafik yang lebih lancar, selamat dan selesa kepada semua pengguna jalan raya.

Show More

Related Articles

Back to top button