BeritaMenarik

Jadikan Malaysia sebuah ‘Negara Bersukan’

AMPANGAN: Budayakan sukan di kalangan rakyat dan jadikan Malaysia sebuah ‘Negara Bersukan’, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, Tengku Zamrah Tengku Sulaiman.

“Amalkan gaya hidup aktif dan sihat.

“Bersukanlah demi mengekalkan kecergasan dan kesihatan diri selaras dengan Agenda Nasional Malaysia Sihat!

“Bersama-sama kita membudayakan sukan dan menjadikan Malaysia sebuah ‘Negara Bersukan’,” kata Tengku Zamrah.

Tengku Zamrah berkata demikian di Majlis Perasmian Karnival Aerobikthon Sekolah Kebangsaan Seri Klana sempena sambutan Hari Sukan Negara 2024.

“Dalam pada itu, saya juga dapat beramah mesra dengan anak-anak di sini bersama ibubapa mereka yang turut hadir memeriahkan sambutan Hari Sukan Negara 2024,” ujar beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button