
JELEBU: Ahli Parlimen Jelebu, Dato’ Seri Jalaluddin Alias telah turun padang bagi meninjau perkembangan projek Jalan Gagu – Broga/Beranang.
Jalaluddin berkata, projek yang bertempat di Kampung Chenderak tersebut adalah penting bagi memperkukuhkan sistem perhubungan jalan raya di daerah Jelebu.
“Laluan tersebut dapat memendekkan masa perjalanan apabila ia siap kelak.
“Selain itu, projek ini juga memberi keselesaan kepada penduduk setempat serta menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dan sektor pelancongan di kawasan sekitar.
“Saya juga telah meminta pihak kontraktor dan agensi terlibat agar memastikan kualiti kerja berada pada tahap terbaik dan projek dapat disiapkan mengikut jadual supaya memberi manfaat kepada rakyat,” kata Jalaluddin.



