Berita

Jang tumpaskan sekatan PDRM

PAROI: Negeri Sembilan Football Club (NSFC) berjaya menumpaskan sekatan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam perlawanan Piala FA pusingan pertama di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam tadi.

Skuad anak buah Nidzam Jamil membuka jaringan awal menerusi sepakan percuma daripada jovan Motika pada minit ke-2 perlawanan.

Jovan sekali lagi menembus gawang PDRM apabila berjaya membolosi gawang pada minit ke-40 dan diikuti Joseph Esso pada minit ke-45.

Ketika jaringan seakan terhenti di situ, pemain gantian daripada Jepun, Mio Tsuneyasu berjaya menambah jaringan pada minit ke-74 selepas melepasi beberapa halangan pihak lawan dengan licik.

Joseph Esso sekali lagi membuktikan kemampuan beliau apabila menyudahkan peluang terbuka di hapannya pada minit ke-80 dan melengkapkan kemenangan bergaya ke atas PDRM.

Bagaikan sinar di kala malam, itulah perumpamaan yang sesuai itu skuad Hoben Jang Hoben kerana ia memberi gambaran bahawa mereka benar-benar kembali setelah melalui episod duka beberapa musim ke belakang.

NSFC bakal berdepan Selangor FC pada 24 Ogos ini. Ayuh Jang dan Milah kita penuhkan stadium untuk memberi semangat kepada pasukan kesayangan kita.

Show More

Related Articles

Back to top button