Berita

Jelebu Nostalgia Fest 2025

JELEBU: Jelebu Nostalgia Fest 2025 bakal berlangsung selama tiga hari bermula 19 hingga 21 Disember 2025 bertempat di Stadium Mini Kuala Klawang, sekali gus dijangka menjadi tumpuan masyarakat setempat serta pengunjung dari luar daerah.

Festival yang dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) ini terbuka kepada orang ramai dan bertujuan menyemarakkan semangat kebersamaan, mengangkat elemen nostalgia serta memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti setempat.

Pelbagai pengisian bermanfaat disediakan sepanjang penganjuran festival, termasuk pameran daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta yang menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan serta Klinik Gigi. Turut diadakan program Jelebu Berselawat dan Jualan RAHMAH sebagai inisiatif mendekati keperluan masyarakat.

Pengunjung juga berpeluang mengikuti ceramah kesihatan serta demonstrasi masakan yang memberi pendedahan dan manfaat secara langsung kepada komuniti setempat.

Selain itu, festival ini akan dimeriahkan dengan pengisian kerohanian dan kebudayaan seperti Malam Seni Budaya, Qiamullail dan Subuh Warrior, di samping aktiviti santai berkonsepkan komuniti termasuk Sukan Rakyat yang sesuai disertai oleh seisi keluarga.

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan Jelebu Nostalgia Fest 2025 serta bersama-sama mengimarahkan program yang dirangka khusus untuk memenuhi keperluan dan minat semua lapisan masyarakat.

Show More

Related Articles

Back to top button