Berita

Jika pembinaan kuil di atas tanah bukan milik sendiri tidak dihentikan, 50 tahun pun isu tidak akan selesai

SEREMBAN: Pembinaan kuil di atas tanah bukan milik sendiri dan tanpa kebenaran perlu dihentikan,” kata Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, J. Arul Kumar.

“Saya sebagai seorang Hindu pun tidak mahu melihat kuil baru dibina sesuka hati tanpa kelulusan dan di atas tanah bukan milik mereka.

“Jika pertambahan pembinaan kuil tanpa kebenaran dan bukan di atas tanah mereka sendiri tidak dihentikan, percayalah 50 tahun akan datang pun masih bincang dan gaduh untuk perkara yang sama.

“Oleh itu, yang penting kuil baharu yang tidak ada kelulusan tidak boleh dibina.

“Pada masa sama ada juga kuil yang wujud di tanah-tanah estet di mana kuil itu menjadi tempat sembahyang untuk masyarakat Hindu pada ketika itu dan apabila pembangunan dilakukan tanpa penyelesaian kepada status kuil tersebut, menyebabkan hari ini masih ada kuil yang isu tanahnya tidak ada penyelesaian,” kata Arul Kumar.

Arul berkata, seperti mana PMX nyatakan perlu ada pertimbangan sewajarnya untuk menyelesaikan isu tanah dan kuil dapat beroperasi dengan mematuhi undang-undang.

“Oleh itu, pentingnya sekarang jangan menambahkan bilangan kuil yang dibina tanpa kelulusan atau tanah yang sah.

“Selesaikan dahulu isu tanah melibatkan kuil-kuil yang lama,” jelas Arul Kumar yang juga ADUN Nilai.

Show More

Related Articles

Back to top button