Berita

Jualan Nismilan Prihatin beri manfaat kepada rakyat

SEREMBAN JAYA: Jualan Nismilan Prihatin yang diadakan setiap minggu memberi manfaat kepada penduduk sekitar.

Ali Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P.Gunasekaren berkata, hal ini disebabkan penduduk sekitar dapat membeli barangan dengan harga lebih murah.

“Harga yang dijual dalam program ini dijual 20 peratus hingga 30 peratus lebih murah berbanding harga pasaran.

“Antara barangan yang menjadi keutamaan kepada pembeli adalah beras, ikan kembung, ayam, telur, sayur dan minyak masak paket.

“Semoga anjuran program sebegini dapat membantu meringankan beban mereka,” kata Gunasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button