Berita

Jumpa anda 10 malam terakhir Ramadhan

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, beliau akan kembali lagi beriktikaf di masjid sekitar Negeri Sembilan untuk 10 malam terakhir bulan Ramadhan ini.

“Saya akan turun ke masjid-masjid yang telah ditetapkan oleh Pejabat Menteri Besar bersama Jabatan Hal EhwaL Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) untuk berterawih, tadarus dan berqiamullail seperti tahun sebelum ini.

“Program ini akan menjadi sebahagian daripada program Kerajaan Negeri.

“Saya mahu pastikan kakitangan pentadbiran Kerajaan Negeri ini terlibat dalam program Ihya Ramadhan yang disusun nanti,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button