Berita

Karnival Deepavali semarakkan semangat perpaduan

SEREMBAN: Karnival Deepavali Negeri Sembilan yang berlangsung di Taman AST Seremban membantu bagi menyemarakkan lagi semangat perpaduan penduduk di negeri ini melalui pelbagai aktiviti seni dan hiburan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P. Gunasekaren berkata, karnival tersebut akan berlangsung selama 10 hari dengan pelbagai acara menarik termasuk persembahan pentas, pameran budaya, serta penglibatan artis-artis tempatan yang menambahkan lagi kemeriahan sambutan Deepavali ini.

“Saya sempat hadir bagi memberikan sokongan kepada bakat-bakat seni tempatan.

“Selain beramah mesra bersama pengunjung yang hadir ke karnival ini.

“Semoga karnival ini dapat menjadi platform untuk memperkukuhkan lagi keharmonian di Negeri Sembilan,” kata Gunasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button