Karyawan dan penulis sastera perlu dihargai: GUNASEKAREN

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P.Gunasekaren bersama Pengerusi Lembaga Penasihat Sekolah (LPS) Negeri Sembilan, M.Kaleethasan serta barisan Ahli Jawatankuasa Majlis Penghargaan dan Pengiktirafan Karyawan dan Penulis MANTAP 2025 telah mengadakan mesyuarat kali ke-4 bagi membincangkan persiapan majlis yang bakal diadakan pada 23 Ogos 2025 ini.
Gunasekaren berkata, majlis ini bertujuan untuk mengiktiraf penulis dan karyawan Tamil di Malaysia atas sumbangan besar mereka dalam memperkayakan dunia kesusasteraan dan budaya Tamil tanah air.
“Antara fokus utama mesyuarat ialah pembentukan jawatankuasa kerja, pemilihan karya dan buku terbaik serta penstrukturan aturcara majlis.
“Kami mengalu-alukan sokongan dan penyertaan komuniti bagi menjayakan majlis penuh makna ini yang menyatukan semangat cinta akan ilmu, warisan, dan bahasa ibunda.
“Kita raikan para karyawan dan penulis tempatan yang menjadi nadi kepada budaya dan pemikiran masyarakat kita,” kata Gunasekaren.