KDN Rekod Rampasan RM41.13 Juta Hingga 20 Mei, 769 Individu Ditahan

SEREMBAN: Kementerian Dalam Negeri (KDN) merekodkan rampasan kumulatif bernilai RM41.13 juta sehingga 20 Mei 2026 menerusi operasi penguatkuasaan bersepadu yang dilaksanakan bagi membanteras ketirisan barang kawalan dan aktiviti penyeludupan susulan impak Krisis Bekalan Global.
Menerusi hantaran di media sosial KDN, kerajaan akan terus memperkukuh operasi penguatkuasaan secara strategik bagi memastikan sebarang bentuk ketirisan dan penyeludupan dapat ditangani secara tegas, pantas dan berkesan.
“Rampasan tersebut melibatkan diesel, petrol serta pelbagai barangan kawalan lain hasil operasi berterusan di sempadan negara, pelabuhan dan laluan strategik seluruh negara.
“Kerajaan akan terus memperkukuh operasi penguatkuasaan bersepadu bagi memastikan sebarang bentuk ketirisan dan penyeludupan dapat ditangani secara tegas, pantas dan berkesan,” katanya.
Dalam tempoh sama, seramai 769 individu telah ditahan membabitkan 213 kes dan 221 tangkapan hasil tindakan penguatkuasaan berterusan di bawah KDN.
“Selain itu, Ops Tiris turut merekodkan rampasan harian bernilai RM1.2 juta, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh keselamatan ekonomi dan kestabilan bekalan negara” katanya.
KDN menegaskan tindakan penguatkuasaan tanpa kompromi akan terus dilaksanakan bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara.



