MBS Hantar HijraOne ke MAKSAK 2026 di Kuantan, Bakal Harumkan Nama Negeri Sembilan

SEREMBAN: Majlis Bandaraya Seremban (MBS) bakal menghantar kumpulan nasyidnya, yang dikenali sebagai ‘HijraOne’, bagi mewakili Negeri Sembilan ke Festival Kesenian Islam MAKSAK 2026 yang akan berlangsung di Kuantan, Pahang.
Menerusi hantaran di halaman media sosial Majlis Bandaraya Seremban, penyertaan HijraOne dalam festival itu diharap dapat mengetengahkan bakat seni nasyid serta mempersembahkan persembahan yang terbaik sekali gus mengharumkan nama Negeri Sembilan di pentas kebangsaan.
“Kami turut merakamkan penghargaan kepada Datuk Bandar, Setiausaha, Ketua Unit Perhubungan Korporat, Badan Kebajikan Islam serta Kelab Kebajikan & Rekreasi atas sokongan, dorongan dan komitmen dalam menjayakan penyertaan kumpulan tersebut” katanya.
Kumpulan HijraOne turut menerima sokongan berterusan daripada warga kerja MBS yang sentiasa memberi galakan terhadap penglibatan mereka dalam program kesenian dan kebudayaan Islam.
Dalam pada itu, Festival Kesenian Islam, Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota – Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) 2026 merupakan platform penting dalam mengetengahkan bakat kesenian Islam dalam kalangan warga agensi kerajaan di seluruh negara.



