BeritaMenarik

Kehadiran pelancong asing meningkat 29 peratus bagi separuh tahun 2024

PUTRAJAYA: Kehadiran pelancong asing ke negara ini meningkat kepada 28.9 peratus untuk separuh tahun 2024.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, polisi Kerajaan MADANI yang kini telah membuahkan hasil apabila negara berjaya merekodkan peningkatan jumlah kehadiran pelancong asing sebanyak 28.9 peratus untuk separuh tahun 2024 berbanding tempoh yang sama pada tahun 2023.

“Ini ditambah dengan kekayaan Malaysia dengan budaya dari kepelbagaian kaum, makanan yang enak serta keunikan biodiversiti mampu mengangkat negara ini sebagai satu destinasi tumpuan utama dalam rantau Asia Tenggara khususnya dari kalangan pelancong negara barat,” katanya.

Anwar berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Marriott International, David Marriott, yang mewakili sebuah syarikat hospitaliti terbesar di dunia.

“Peluang ini digunakan bagi mencari ruang untuk membantu promosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan selain meningkatkan jaringan penerbangan yang lebih luas lagi.

“Adalah penting usaha ini turut disertai oleh pemain industri dan syarikat swasta dari dalam dan luar negara supaya pulangan daripada kejayaan ini akan dapat turut memberi manfaat kepada keseluruhan rakyat Malaysia,” ujar Anwar.

Show More

Related Articles

Back to top button