SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P. Gunasekaren telah menghadiri Majlis Perasmian Penutup Program Kem GEN Al-Fateh di Masjid Muhammad Al-Fateh, Taman Forest Heights.
Gunasekaren berkata, Kem ini bukan sahaja bertujuan untuk mencapai kecemerlangan akademik, tetapi juga untuk membina jati diri yang teguh, memperkukuh nilai-nilai Islam, serta memupuk sifat kepimpinan dan semangat kerjasama dalam kalangan anak-anak kita.
“Saya berharap agar segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang kem ini akan dimanfaatkan oleh para peserta dalam kehidupan seharian.
“Selain itu, saya berharap agar kem ini menjadi titik permulaan dalam melahirkan generasi Al-Fateh yang berjiwa besar, berakhlak mulia, dan berwawasan tinggi.
“Progam Kem GEN Al-Fateh ini diadakan selama tiga hari dan seramai 47 peserta, terdiri daripada 33 lelaki dan 14 perempuan, telah menyertai di kem ini dengan penuh semangat,” ujar Gunasekaren.
Turut hadir, Timbalan Pengerusi Masjid Masjid Muhammad Al-Fateh, Muhammad Fitri Muhammad; Bendahari Masjid, Jamil Ahmad dan Imam 1 Masjid, Muhammad Mustakim Hamidun.