Berita

Kempen cegah aedes di Felda Palong 14, 15 dan 16

PALONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Palong, Mustapha Nagoor telah merasmikan Program Jiwa Madani dan Sambutan Hari Komuniti Felda Palong 14, 15 & 16 di Dewan Semai Bakti Felda Palong 14,15 & 16.

“Objektif program ini bertujuan memberi kesedaran kepada penduduk Felda terutamanya daripada Palong 14, 15 & 16 mengenai pentingnya menjaga kesihatan bahaya tentang gejala dadah dan tempat pembiakan nyamuk aedes.

“Saya ingin menasihatkan seluruh penduduk Felda Palong 14,15 & 16 agar sentiasa menjaga kesihatan dari masa ke semasa,” kata Mustapha.

Dalam pada itu, Mustapha menjadi juri dan menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan masakan rendang ayam pencen, pertandingan pencuci mulut, pertandingan gubahan berasaskan kain, pertandingan mewarna kanak-kanak dan cabutan bertuah.

“Saya sentiasa menyokong dan juga berharap agar banyak lagi program seperti ini dapat diadakan terutamanya melibatkan anak-anak muda dan penduduk di Felda Palong,” ujarnya.

Program ini anjuran Jabatan Penerangan Daerah Jempol, Felda dan Kementerian Kesihatan Daerah Jempol dengan kerjasama JKKR, GPW, MBFM dan PMG Felda Palong 14,15 & 16.

Show More

Related Articles

Back to top button