YB Kita

Keperluan balai raya Taman Desa Puteri dapat perhatian Mohd Zaidy

JERAM PADANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Dato’ Mohd Zaidy Abdul Kadir telah melawat tapak cadangan pembinaan Balai Raya Taman Desa Puteri bersama kepimpinan taman bagi meninjau sendiri keperluan komuniti setempat.

Mohd Zaidy berkata, balai raya bukan sekadar sebuah bangunan, tetapi merupakan nadi kepada pelbagai kegiatan kemasyarakatan.

“Balai raya adalah tempat berhimpun, bermesyuarat, berkongsi ilmu dan mengeratkan silaturrahim.

“Saya amat memahami harapan penduduk di sini yang telah lama menantikan kemudahan ini sebagai salah satu usaha memperkukuh semangat kejiranan dan membina komuniti yang harmoni.

“Saya akan mengambil tanggungjawab ini untuk memanjangkan permohonan kepada pihak berwajib.

“Insya Allah, saya akan pastikan usaha ini dibawa ke peringkat seterusnya agar impian warga Taman Desa Puteri untuk memiliki sebuah balai raya sendiri akan dapat direalisasikan, mudah-mudahan pada tahun hadapan,” kata Mohd Zaidy.

Mohd Zaidy berkata, komitmen beliau sebagai wakil rakyat adalah untuk terus mendengar dan berusaha memenuhi keperluan rakyat di setiap pelusuk kawasan Jeram Padang ini.

Show More

Related Articles

Back to top button