Kerajaan iltizam semarakkan perkasa usahawan Bumiputera

KUALA LUMPUR: Kerajaan MADANI beriltizam bagi mendukung agenda untuk memperkasakan usahawan Bumiputera yang berdaya hasil dan berteraskan pencapaian membanggakan.
Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, kejayaan jenama seperti SERAI dan GlocAI menunjukkan bahawa apabila ekosistem yang tepat disediakan, usahawan Bumiputera mampu berdiri setara, malah unggul dalam landskap ekonomi moden.
“Pendekatan strategik yang digerakkan perlu bersifat menyeluruh daripada memperkukuhkan perusahaan dan syarikat sedia ada yang berdaya tahan sehinggalah membuka ruang kepada penyertaan dalam sektor pertumbuhan baharu seperti kecerdasan buatan dan teknologi tinggi.
“Melalui pengukuhan Bumiputera Commercial dan Industrial Community (BCIC), kita telah menetapkan sasaran yang lebih berani dengan meningkatkan pelaburann GLIC sehingga RM2 billion di samping menjayakan sekurang-kurangnya 10 penyenaraian awam baharu, serta membimbing lahirnya jaguh Bumiputera yang berupaya mencapai nilai syarikat mencecah RM500 juta dalam tempoh lima tahun.
“Ini bukan sekadar angka, tetapi ia merupakan lambang tekad untuk mengangkat martabat ekonomi Bumiputera ke tahap yang lebih mapan dan berdaya saing,” kata Anwar.
Anwar turut tambah bahawa Kerajaan Persekutuan mendengar, menilai dan terus memperhalusi pendekatan sedia ada agar setia[ dasar yang digerakkan benar-benar mencerminkan realiti di lapangan.



