Kerajaan Negeri Sembilan sedia perkukuh kerjasama strategik bersama Matrix Concepts

SEREMBAN : Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun menerima kunjungan hormat Presiden Matrix Concepts Holdings Berhad, Dato’ Seri Lee Tian Hock di Kediaman Rasmi Menteri Besar pagi ini.
Kunjungan tersebut turut disertai oleh Penasihat Eksekutif, Dato’ Hon Choon Kim, Timbalan Presiden, Dato’ Ir Tan Gee Swan @ Tan Suan Ching serta barisan pengurusan kanan syarikat.
Pertemuan ini bertujuan memberi penerangan berhubung projek naik taraf Hospital CMH di Seremban di samping membincangkan peluang pelaburan dan kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri Sembilan dan Matrix Concepts.
Menurut Aminuddin, perbincangan turut menumpukan kepada manfaat dua hala yang dapat memperkukuh sektor kesihatan dan ekonomi negeri secara keseluruhan.
“Kerajaan Negeri Sembilan sentiasa mengalu-alukan pelaburan yang membawa nilai tambah, membuka peluang pekerjaan serta memperkukuh ekosistem pembangunan negeri demi kesejahteraan rakyat,” katanya.
 
				

