Berita

Kerajaan teliti naik had subsidi petrol penghantar makanan

JOHOR BAHRU: Kerajaan dijangka meneliti cadangan menaikkan had penggunaan petrol bersubsidi Budi MADANI RON95 (BUDI95) bagi penghantar makanan p-hailing kepada 250 liter sebulan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan itu dibuat selepas kerajaan mendapati kuota sedia ada sebanyak 200 liter sebulan dilihat masih belum mencukupi bagi keperluan harian golongan penghantar makanan.

“Perkara tersebut timbul hasil pertemuan dan sesi mendengar sendiri pandangan serta rungutan golongan p-hailing ketika turun padang.

“Sekarang mereka dapat 200 liter, sama seperti penggunaan biasa rakyat lain.

“Jadi kita akan lihat semula supaya ada tambahan yang lebih munasabah.

“Saya akan bincang dalam mesyuarat nanti dan minta Fahmi Fadzil cari jalan supaya kuota itu boleh ditingkatkan sekurang-kurangnya kepada 250 liter,” ujar Anwar.

Show More

Related Articles

Back to top button