Penghulu dan Penggawa penghubung antara rakyat dan pemimpin

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun menyatakan bahawa Penghulu dan Penggawa adalah penhubung utama antara rakyat dan juga pimpinan negeri.
“Hal ini kerana mereka adalah yang paling dekat dengan masyarakat, memahami denyut nadi kampung serta menjadi tempat rakyat mendapatkan bantuan, pandangan dan penyelesaian apabila berdepan sesuatu masalah.
“Setiap urusan yang melibatkan rakyat juga dapat dipermudahkan dan disegerakan tanpa karenah birokrasi yang menyulitkan mereka.
“Saya teringat pesanan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahmin, bahawa apabila ingin mendekati rakyat, maka pegawai perlu turun sendiri ke lapangan dan penghulu merupakan antara insan yang aling hampir dengan masyarakat di bawah.
“Oleh itu, para penghulu dan penggawa perlu terus bergerak aktif mendekati masyarakat.
“Amanah yang dipikul bukanlah kecil kerana kepercayaana rakyat bermula daripada sejauh mana kita hadir dan membantu mereka ketika diperlukan.
“Semoga para penghulu dan penggawa terus istiqamah menjalankan tanggungjawab dengan penuh integriti, keikhlasan dan semangat kebersamaan demi memastikan kesejahteraan rakyat serta pembangunan kampung-kampung di Negeri Sembilan terus terpelihara,” kata Aminuddin.
Aminuddin berkata demikian sewaktu merasmikan Majlis Mesyuarat Agong Persatuan Penghulu dan Penggawa Negeri Sembilan.



