Berita

136 Kertas Siasatan Dibuka, MBS Tegas Perangi Rumah Urut Haram

SEREMBAN: Sebanyak 136 kertas siasatan telah dibuka oleh Majlis Bandaraya Seremban (MBS) di bawah Undang-Undang Kecil Rumah Urut MPS 1984 sejak tahun 2024 hingga kini dalam usaha membanteras operasi premis tidak berlesen di bandar raya ini.

MBS dalam kenyataan memaklumkan tindakan itu merupakan sebahagian daripada penguatkuasaan berterusan terhadap premis rumah urut dan rumah tumpangan yang gagal mematuhi syarat lesen ditetapkan.

Menurutnya, sebanyak 107 operasi penguatkuasaan telah dijalankan sejak tahun 2025 susulan pelbagai aduan diterima daripada orang ramai termasuk menerusi media sosial.

“Berdasarkan statistik tahun 2025, sebanyak 88 kompaun telah dikeluarkan terhadap premis rumah urut yang beroperasi tanpa lesen.

“Bagi tempoh sehingga 30 April 2026 pula, sebanyak 29 kompaun lagi dikeluarkan terhadap premis rumah urut tidak berlesen, manakala tujuh kompaun dikenakan ke atas rumah tumpangan yang tidak mempunyai lesen serta melanggar syarat lesen,” katanya.

Selain pengeluaran kompaun, MBS turut mengambil tindakan sitaan terhadap premis yang masih ingkar dan meneruskan operasi tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan.

Sebanyak 26 sitaan direkodkan sepanjang tahun lalu, manakala lapan lagi sitaan telah dilaksanakan setakat tahun ini.

MBS turut bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menyalurkan maklumat berkaitan premis yang disyaki menjalankan aktiviti berkenaan bagi memastikan tindakan sewajarnya dapat diambil.

Menurut MBS, tindakan tegas dan konsisten itu mencerminkan komitmen pihaknya dalam memastikan semua premis perniagaan di bawah pentadbiran bandar raya Seremban mematuhi undang-undang serta syarat lesen yang ditetapk

Show More

Related Articles

Back to top button