Berita

Tunku Zain Al ’Abidin dimasyhurkan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

SERI MENANTI: Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir telah memasyhurkan Yang Amat Mulia Tunku Zain Al-Abidin Tuanku Muhriz sebagai penyandang Gelaran Pusaka Putera Yang Empat, iaitu Tunku Panglima Besar, berkuat kuasa serta-merta dalam satu istiadat yang berlangsung pada pagi ini di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti.

Pemasyhuran ini dibuat bagi mengisi kekosongan Gelaran Pusaka Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan.

Ke Bawah Duli Tuanku menzahirkan keyakinan bahawa Yang Amat Mulia Tunku Zain Al-’Abidin, selaku Tunku Panglima Besar, akan terus memainkan peranan penting dalam menjunjung kedaulatan institusi Diraja Negeri Sembilan serta memelihara kepentingan rakyat dan negeri.

Turut berangkat Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dan Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Dato’ Mohd Zafir Ibrahim.

Show More

Related Articles

Back to top button