Berita

Kerjasama agensi kerajaan dan pengguna mampu pastikan kebajikan rakyat dijaga

SEREMBAN: Kerjasama melalui pendekatan kolaboratif antara agensi kerajaan dan gerakan pengguna diyakini mampu memperkukuh keberkesanan dasar serta memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara.

Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, Veerapan Superamaniam berkata, Kerajaan Negeri sentiasa komited menyokong pelaksanaan pelbagai program pendidikan dan advokasi pengguna.

“Ini termasuk, memperkukuh literasi kepenggunaan, pemantauan harga barang keperluan asas serta memperluas kesedaran masyarakat mengenai hak-hak pengguna,” kata Veerapan.

Veerapan berkata demikian sewaktu menghadiri Mesyuarat Gerakan Pengguna Negeri (MGPN) di Wisma Negeri.

Veerapan turut menyeru semua ahli MPGN memainkan peranan yang aktif sebagai mata dan telinga kerajaan dalam menyalurkan maklumat berkaitan pencatutan, penipuan dan pelanggaran undang-undang kepenggunaan.

“MGPN juga turut menjadi jambatan penghubung antara suara rakyat dan pihak kerajaan.

“Khususnya dalam mendepani cabaran kos sara hidup, ketidaktentuan pasaran serta peningkatan kes penipuan dan scam dalam talian,” tambah Veerapan.

Show More

Related Articles

Back to top button