Berita
406 pelajar cemerlang SPM diraikan Loke

SEREMBAN: Seramai 406 orang pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di bawah Parlimen Seremban telah diraikan oleh Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook.
Loke berkata, setiap pelajar cemerlang diberikan ganjaran saguhati dan sijil tahniah sebagai dorongan kepada mereka.
“Ini supaya mereka boleh meneruskan usaha dalam proses pembelajaran di peringkat pra-universiti.
“Saya juga menekankan pencapaian akademik adalah penting untuk seorang insan.
Ianya sama juga penting sepertimana nilai dan akhlak yang mulia.
“Tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah berusaha dan mencapai kejayaan.
“Selamat maju jaya kepada nada semua,” kata Loke.




