Berita

Kilang pembuatan kereta elektrik ‘Green Technology’ pertama bakal dibuka di Negeri Sembilan

CHEMBONG: Negeri Sembilan bakal memiliki sebuah kilang pembuatan kereta elektrik ‘Green Technology’ pertama dalam negara.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, kilang tersebut dibangunkan oleh syarikat Careplus dengan kerjasama GoAuto dan NexC Manufacturing Sdn Bhd.

“Kilang tersebut dibangunkan di atas tanah seluas 73.34 ekar.

“Kita juga dapat lihat sejarah hari ini dalam industri kenderaan elektrik di negara kita.

“Apabila fasa pertama ini siap ia mampu memberi sebanyak 600 peluang pekerjaan.

“Saya juga telah dimaklumkan bahawa Careplus dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Rembau telah mengadakan kerjasama bagi memastikan peluang kepada pelajar TVET untuk menceburi bidang ini.

“Dalam masa sama, pembinaan kilang ini juga sudah tentu dapat membantu merancakkan lagi ekonomi tempatan,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Perasmian Pecah Tanah Pembinaan Kilang Pembuatan dan Pemasangan Berteknologi Hijau Pertama di Malaysia.

Show More

Related Articles

Back to top button