BeritaMenarik

Kita yang diamanahkan, harus beramanah

Kalimat “daripada rakyat dan untuk rakyat” bukan diulangi sebagai retorik semata-mata, tetapi diperhalusi dan ditambahbaik segala mekanisme bantuan dana dari masa ke masa.

Demikianlah pelaksanaan pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP).

BAP dimulakan pada tahun 2012 dengan bantuan tunai one-off sebanyak RM100 kepada keluarga berpendapatan isi rumah kasar RM3,000 dan ke bawah.

Pada tahun 2023, kadar BAP dinaikkan Kerajaan MADANI kepada RM150 untuk setiap murid tanpa mengira pendapatan isi rumah kasar.

Pada tahun 2025, BAP diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam.

Malah, mekanisme agihan tunai ditambahbaik dengan pengkreditan ke dalam mana-mana akaun bank ibu bapa atau penjaga yang sah, selain kaedah sedia ada, iaitu pengkreditan ke dalam bank akaun murid dan serahan tunai, dalam tempoh 30 hari dari tarikh sesi persekolahan bermula.

Pengkreditan tidak lagi terhad kepada Bank Simpanan Nasional (BSN), tetapi meliputi semua bank.

Malah, pengeluaran wang tunai lebih RM10,000 oleh pihak sekolah perlu dilaksanakan dengan perkhidmatan polis pengiring.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan sedaya-upaya memastikan BAP sampai ke tangan ibu bapa, agar beban mereka diringankan.

Permulaan sesi persekolahan baharu menyaksikan bagaimana anak-anak kita memasuki peringkat baharu dalam hidup mereka.

Detik saat ini harus disambut dengan senyuman pada wajah setiap murid dan ibu bapa.

Fadhlina Sidek
Menteri Pendidikan

Show More

Related Articles

Back to top button