Berita
KOA Ngoi-Ngoi selesai baik pulih akibat banjir
SEREMBAN: Kampung Orang Asli Ngoi-Ngoi telah selesai dibaik pulih akibat banjir besar tiga tahun lalu.
Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook berkata, baik pulih tersebut dijalankan melalui inisiatif Kampung Angkat MADANI Kementerian Pengangkutan Malaysia.
“Antara kerja baik pulih dan naik taraf yang dilakukan adalah penurapan jalan baru, membaiki cerun runtuh, membina gelanggang futsal dan gazebo.
“Beberapa baik pulih turut dilaksanakan bagi menjamin keselamatan dan keselesaan kepada penduduk disitu.
“Projek ini berjaya disempurnakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan dalam tempoh tiga bulan sahaja,” kata Loke.